Share New Things, Get Rewarded!

Share New Things, Get Rewarded!
8Share helps you earn money if you use Social Media

Adab Suami Isteri


Dosa Isteri Pada Suami





Islam memerintahkan isteri untuk memenuhi ajakan suami untuk bersama agar tujuan dan makna perkahwinan itu wujud. Ini kerana fungsi sesebuah perkahwinan adalah sebagai benteng nafsu mata dan kemaluan bagi suami isteri.
Islam telah menetapkan bahawa tidak memenuhi ajakan suami adalah satu dosa besar, dimurkai ALLAH SWT, dilaknat oleh malaikat serta solatnya tidak diterima sehingga ia bertaubat. Sebabnya, secara tidak langsung, isteri telah menutup jalan yang halal dan memaksa suaminya memilih jalan yang haram untuk memenuhi keperluan seksualnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jika suami mengajak isterinya untuk keinginannya ( berhubung badan ), maka penuhilah walaupun sedang berada di sisi tungku ( sedang memasak ).”
Imam Muslim ada meriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaan-Nya, tidak ada seorang suami yang mengajak isterinya berhubung badan, lalu ditolak, melainkan penghuni langit akan murka kepadanya (isteri) sehingga suami meredainya.”
Manakala ancaman laknat maklaikat bagi isteri yang menolak ajakan suami pada riwayat al-Bukhari berbunyi: “Jika suami mengajak isterinya untuk berhubung nadan, namun si isteri menolak hingga suaminya marah, maka dia dilaknat oleh maklaikat hingga menjelang pagi.” ( Hadis Muttataq’alaih).
Dalam riwayat yang lain pula berbunyi : “Jika isteri tidur terpisah daripada suaminya, maka para maklaikat melaknatnya hingga ia kembali ke tempat tidur suaminya.”
Imam an-Nawawi ketika beliau mensyarah hadis ini menyebut: “Hadis ini adalah dalil larangan kepada seorang isteri yang tidur terpisah daripada suaminya tanpa alasan. Haid tidak termasuk dalam alasan yang dimaksudkan kerana suami masih berhak menikmati tubuh isterinya pada bahagian pusat ke atas. Maksud hadis ini adalah bahawa laknat itu terus menimpa isteri sampai penolakan isteri hilang kerana terbit matahari, atau suami sudah tidak menginginkannya, atau dia bertaubat, atau ketika sudah kembali ke tempat tidur suaminya.”
Adapun mengenai tidak diterima solat isterinya jika menolak ajakan suaminya berdasarkan hadis Jabir ra yang bermaksud: “Tiga golongan yang yang tidak diterima solatnya dan kebaikannya maka mereka tidak terangkat ke langit iaitu hamba yang lari daripada tuannya sehingga ia kembali, orang yang mabuk hingga ia sedar dan wanita yang membuat marah suaminya sehingga suaminya reda.” Demikianlah, wallahualam.


Dosa Dalam Perkahwinan


Sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?
Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari. Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.  Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini. Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.


Entah berapa banyak “jika” untuk kita senaraikan.
Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak. Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?

Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.
Memandang wajah suami atau isteri pun sudah dapat pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.
Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:
“Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua.”
Ada juga yang berkata:

“Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin.”
Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?
Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga. Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan? Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama? Itu perlu ditanya pada diri sendiri. Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan? Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.
Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat.” - (Imam Hasan al-Banna)
Firman Allah S.W.T:
“ Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa.” - (Surah Thaha: Ayat 132)
Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini. Ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.

Aku nikahkan Dikau ……  dengan anak ku ….. 
Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM….”
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan.”
Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang.  Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa. Wallahualam.
Mari kita ikuti sedutan video dibawah oleh Ustaz Azhar Idrus tentang “do’s and don’ts” dalam perkahwinan mengikut Islam :) .



DOSA ISTERI TERHADAP SUAMI

Assalamu'alaikum wr wb,

Mengenai tanggungjawab isteri mentaati suami boleh difahami daripada
sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia
menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya."
(Hadis riwayat Abu Daud)

Seorang isteri wajib mentaati suami selagi ketaatan itu tidak terkeluar
daripada landasan syarak. Nusyuz daripada sudut hukum syarak bermaksud
derhaka iaitu bermaksud isteri yang menderhakai dan tidak mentaati suami
seperti diwajibkan Allah. Firman Allah bermaksud: "Dan
perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz). Hukum
nusyuz bagi seorang isteri adalah haram. Ia adalah satu dosa besar bagi
seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya." (Surah An-Nisa', ayat 33)

Contohnya; Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jika seseorang lelaki
mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suaminya
tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri berkenaan
sehingga subuh."

Nusyuz atau dosa yang dilakukan seseorang isteri bukan ditetapkan oleh
suami. Perkara itu berlaku apabila siisteri melanggar apa-apa perkara
yang telah ditetapkan oleh syara'. Selalgi siisteri tidak melanggar apa
yang telah ditetapkan syara', walaupun seribu kali suami kata berdosa,
ikutlah apa yang telah ditetapkan. Dosa pahala, syurga neraka bukan
suami yang tentukan. Segala sesuatu itu adalah hak Allah 'azzawajlla.

Hadanallah waiyakum ajma'in, wallahu'alam, wassalamu'alaikum wr wb.

No comments: